MPU23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK : CIRI-CIRI SAINTIS ISLAM YANG IDEAL

NAMA PENSYARAH : PUAN MARHAYU

KELAS : DTM5A (KUMPULAN 4)

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. PENDAFTARAN

NURFADHLIN ILYANA BT ILYAS

02DTM19F2009

SITI AINSYAH BT RUSELI

02DTM19F2014

NUR DALILA DIYANA BT MOHD DIN

02DTM19F2039

NOR FARAH WAHIDA BT MOHD TAMIZI

02DTM19F2053



ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

1.

Pengenalan

2.

Definisi Saintis

3.

Peranan Saintis / Ahli Sains

4.

Ciri-ciri Saintis yang Ideal dalam Islam

5.

Tokoh-tokoh Ahli Sains Dalam Islam dan Sumbangannya

6.

Kebaikan Sains Teknologi dan Kejuruteraan terhadap Umat Islam

7.

Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam

8.

Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi terhadap Umat Islam

9.

Kesimpulan

10.

Rujukan

 

 PENGENALAN

     Islam adalah agama yang sangat mementingkan budaya ilmu dan umat Islam diseru agar menjauhi lembah kejahilan. Melalui bidang pendidikan, hal ini amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat. Berdasarkan keterangan daripada al-Quran dan hadis, dapat disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yang memberi pelbagai faedah dan banyak membantu dan memudahkan urusan hidup manusia. Melihat kepada pandangan Islam terhadap ilmu sains, maka tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazali, beliau berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu sains seperti perubatan dan matematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu perubatan adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Untuk membuktikan sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan, ahli sains atau saintis-saintis Islam akan membuat sesuatu kajian saintifik berpandukan al-Quran. Ini kerana kandungan di dalam al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu pengetahuan. 



Apa itu SAINTIS?

Definisi ; orang yang pakar dalam bidang sains atau dipanggil ahli sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Secara umumnya, merujuk kepada sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti-aktiviti bersistem untuk mengaut ilmu atau mana-mana individu yang melakukan apa-apa jenis aktiviti yang berkaitan dengan asas pemikiran atau falsafah.

Saintis dalam bahasa Inggeris ialah 'scientist'.

[sain.tis] | ساءينتيس


     Tidak dinafikan, banyak saintis yang muncul dengan hasil kajian yang lebih baik sejajar dengan perkembangan penemuan-penemuan baru oleh para pengkaji yang lain. Para saintis yang terdahulu adalah lebih mudah untuk dikenali kerana mereka menemukan asas sesuatu bidang ilmu seperti matematik, fizik, kimia, biologi dan sebagainya. Apabila bidang ini semakin mengecil dan mendalam, maka ia menjadi pecahan-pecahan kecil menghasilkan lebih ramai pengkaji yang terlibat dengannya. Bagaimanapun sumbangan penemuan awal adalah begitu penting sebagai pencetus untuk menemukan yang lebih baik dan lebih tepat. secara ringkas 'saintis' adalah para pengkaji yang membuat perhatian sesuatu fenomena dan membentangkannya (menerangkannya) secara ilmiah atau saintifik. Sekiranya anda mampu melakukannya anda adalah – SAINTIS!

PERANAN SAINTIS / AHLI SAINS

 v Saintis berperanan untuk menjalankan penyelidikan khusus tentang bidang yang diceburi.

 v Penemuan baharu dalam bidang masing-masing mampu mencipta nama bukan sahaja dalam negara malahan juga di persada dunia.

 v Seseorang saintis itu boleh menggunakan nama beliau sendiri untuk penemuan beliau yang baharu.


 v Dengan itu, beliau boleh dikenali ramai dan yang paling penting komitmen sepenuhnya perlu diberi untuk memperoleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya.


CIRI CIRI SAINTIS YANG IDEAL DALAM ISLAM

i. Keimanan kepada Allah s.w.t
             Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang saintis atau ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar bahawa Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia.

   ii.  Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan
         Aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan sesuatu yang tidak boleh diabaikan dalam penggunaan sains dan teknologi. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi dan mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sains, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain untuk hidup dengan selesa.

iii. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerja
       Seseorang saintis atau ahli sains itu perlu mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.


Secara ringkasnya, seorang saintis perlu mempunyai ciri-ciri berikut ;

  a) Bersikap patuh dan taat kepada Allah SWT. 

    b) Sentiasa yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin Allah.

c) Bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan serta bersikap ihsan dalam melakukan sesuatu tindakan.

    d) Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

    e) Tidak melakukan kerosakan dalam membangunkan teknologi.


TOKOH-TOKOH AHLI SAINS DALAM ISLAM & SUMBANGANNYA

- ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ZAKARIA AL-RAZI -

 vDalam bahasa Parsi, Razi bermaksud “dari Bandar Ray”, sebuah Bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Beliau telah membuat banyak kebaikan dan banyak pencapaian yang diperolehi beliau di Bandar ini. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Iran dan merupakan seorang tokoh yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah. 


 vAl-Razi telah menjadi sebagai seorang ahli perubatan yang terkenal pada abad pertengahan. Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi telah diberi kepercayaan untuk memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun. Beliau telah diberi mandat sebagai pengarah di Hospital Ray. Pada masa yang sama, al-Razi juga telah menulis buku yang bertajuk al-Tibb al-Mansur. Kitab al-Tibb al-Mansur ini telah dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad. Kemudian, beliau telah berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi, yang berkuasa pada waktu itu.


 vAl-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani Kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak bersetuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

 vPara sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana al-Razi menderita penyakit tersebut berikutan ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Oleh itu, beliau telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan menjadi buta kerana enggan menerima rawatan.


- ALI ABU HASSAN IBN AL-HAITHAM -

 v Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.

 v Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.

 v Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

 v Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.
.
 v Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

 v  Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

 v Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. 

  - IBNU KHALDUN (TOKOH SEJARAWAN SULUNG) -

 v Saintis islam yang ideal ialah Ibnu Khaldun. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.

 v Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah (1332M) .

 v Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 Hijrah , beliau berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada,Bougie dan Mesir. Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808H (1406M) ketika berusia 87 tahun. 

 v Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu.


 v Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. Seterusnya, beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti Ketua Hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya mengemukakan idea-idea untuk kemajuan negara.

- Ibnu sina (bapa perubatan dunia) -

 v Nama sebenar beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat.

 v Beliau dilahirkan pada tahun 370 Hijrah (980M) di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.

 v Beliau berasal daripada keturunan Turki.

 v Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan
.
 v Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

 v Beliau juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

 v Disamping itu, beliau seorang yang pintar contohnya beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.

 v Akhir sekali, beliau seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.


-- ABU AL- QASIM AL-ZAHRAWI (BAPA PEMBEDAHAN MODEN) -

 v Nama sebenar Al-Zahrawi adalah Abu Al-Qasim Khalaf Bin Abbas Al Zahrawi. Di barat beliau dikenali sebagai Abulcasis.

 v Dilahirkan sekitar tahun 936 hingga 940 di Bandar Di Raja Zahrah, berdekatan Cordoba, Andalusia (Sepanyol).

 v Beliau mendapat pendidikan di Cordoba dan telah mengamalkan professionnya di Bandar Al Zahrah sebagai saorang pengamal perubatan, pakar bedah dan ahli farmasi.

 v Beliau berketurunan puak ansar arab yang telah lama menetap di Sepanyol.

 v Ketokohan Al-Zahrawi sebagai pakar perubatan moden dan terkemuka telah tersohor di Negara Sepanyol, Afrika Utara, Kerajaan Islam Timur dan di Eropah Barat. Ketokohannya ini telah menyebabkan Raja Sepanyol ketika itu King Al-Ahkam II telah melantik beliau menjadi doktor peribadi baginda.

 v Sepanjang hayat beliau dihabiskan di kawasan kediamannya dan tidak banyak mengembara. Walaubagaimanapun beliau mendapat pengalaman luas merawat mangsa kemalangan dan yang mengalami kecederaan ketika peperangan.

 v Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 masihi.



KEBAIKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM

ASPEK / BIDANG

KEBAIKAN

PERTAHANAN

Mampu melindungi negara daripada serangan musuh. Contohnya, penciptaan senjata dan kelengkapan perang.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

- Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.

- Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)

- Maklumat dapat dicapai dengan pantas berhubungan antara satu sama lain tanpa sempadan.

BIO-TEKNOLOGI

- Mampu menghasilkan makanan yang diubah suai genetiknya dengan mempunyai ciri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.

- Teknik dan teknologi pertanian mengalami tranformasi.

- Membantu meningkatkan produktiviti.

- Membantu dalam penghasilkan baka, benih dan racun dalam sektor pertanian.

PENGKLONAN

Memberi pengetahuan kepada manusia.

PERUBATAN

Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

TEKNOLOGI LASER

- Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.

- Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat meminimumkan kehilangan data.



PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

 Ketamadunan sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian kemajuan dunia. Para sarjana Islam telah mempelopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan penerokaan dan inovasi yang terkini.


KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP UMAT ISLAM

Umat Islam akan menjadi lemah kerana :

- Menjadi pengguna bukan pencipta.

- Terpaksa belajar ilmu sains dan teknologi dari Barat.

- Ciptaan sains Barat banyak yang melalaikan.

- Sains digunakan dengan cara yang bertentangan dengan syariat.

- Tidak dapat mempertahankan diri dari serangan Barat dan mengharapkan Barat untuk mempertahankan negara Islam.

 

KESAN SOSIAL

- Maruah umat Islam jatuh dan dakwah Islam tidak dapat disebarkan secara meluas.

- Umat Islam menjadi mundur dan ketinggalan.

- Perlaksanaan system Pendidikan dualism (dua dasar yang berlainan).

- Keperluan ubat-ubatan bergantung kepada teknologi Barat.

 

KESAN POLITIK

- Berlaku penjajahan ke atas negara Islam.

 

KESAN EKONOMI

- Negara Islam bergantung kepada kuasa asing untuk mendapat teknologi walaupun negara Islam kaya dengan sumber alam.



KESIMPULAN

        Kesimpulannya, seseorang saintis, ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu mengamalkan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Maka dengan itu, persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dielakkan dan sains akan menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang baik dan menyeluruh. Usaha gigih tokoh-tokoh diatas dalam memberi sumbangan terhadap Islam juga seharusnya dicontohi oleh anak muda bagi memastikan Islam terus berkembang maju di negara ini.


RUJUKAN




Ulasan